Saturday, December 25, 2010



( DI LULUSKAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA )
Meladapahit ( Java Brucea Amarissina ) Herb dan Habatus Sauda ( Nigella Sativa ) digunakan secara tradisional untuk mengawal dan membantu merawat penyakit kronik dan mengandungi anti-oksidan yang sangat berkesan untuk menghapuskan redikal dalaman badan. Seperti penyakit-penyakit tertera dibawah :

· Kencing Manis
· Darah Tinggi
. Anti Kanser
· Sakit Lelah,
. Jantung,
. Ghaut,
. Batu karang,
. Resdung,
. Thyroid.
. Buasir,
· Membantu penghadaman dan pelawasan.
· Melegakan sakit sendi dan otot.
· Melancarkan aliran darah seluruh badan.
· Mengawal Kolesterol.
· Menambah Tenaga dalaman Lelaki / Wanita.
· Masaalah Wanita datang bulan yang senggugut dan Wanita lepas bersalin untuk cepat mengecutkan sistem peranakan dan melancarkan perjalanan darah.
.Menghindarkan penyakit bawaan nyamuk - denggi.



PHYTOCHEMICAL TEST RAZAK MELADAPAHIT CAPSULE 250mg.

NOTIS KELULUSAN PENDAFTARAN PRODUK
PBKD 182 Pada 6/29/2006
BIRO PENGAWALAN FARMASEUTIKAL KEBANGSAAN

Pendaftaran Baru Tarikh : 7/6/2006 NO. RUJUKAN PRODUK: 2005070544902NO. PENDAFTARAN : MAL06061476TC
NAMA PRODUK : Razak Meladapahit Capsule 250mg
NAMA & ALAMAT PENGELUAR : Razak Meladapahit [ MA0067950-W ] :Lot 872, KG SRI GEMENCHEH,73200 GEMENCHEH, TAMPIN,N.SEMBILAN D.K.

REPORT OF PHYTOCHEMICAL TEST.INSTITUT PENYELIDIKAN,PERHUTANAN MALAYSIA.
Date of sample : 28 February 2008.Sample : Melada pahit - 100/08.

Alkaloid :
Alkaloid ialah sebatian kimia organan yang mengandungi nitrogen, yang tiada bau , dan biasanya tiada rasa. Terdapat beratus-ratus jenis alkaloid dalam tumbuhan dan jenis yang baru ditemui. Kebanyakan jenis alkaloid merupakan racun yang sangat kuat kepada manusia dan haiwan. Selain daripada kesan racun, ada alkaloid yang memberi kesan narkotik. Candu mengandungi banyak jenis alkaloid yang sangat berkesan untuk mengatasi rasa sakit.
( Razak Meladapahit kesan kajian tidak mengandungi alkaloid )

Saponin :
Saponin ialah sebatian organan dalam tumbuhan yang mempunyai sifat kimia yang sama dengan glikosid dan menghasilkan buih apabila dikacau dalam air. Ada banyak jenis saponin yang sangat toksik dan cepat memecahkan sel-sel darah merah. Ada pula saponin yang kurang diserap oleh sistem penghadaman manusia. Oleh yang demikian ia tidak menimbulkan masalah kepada kesihatan walau pun dimakan atau diminum. Ada saponin mempengaruhi perut. Ia merangsang paru-paru untuk menghasilkan hingus. Sifat ini digunakan dalam ubat herba untuk merawat batuk kering, tenaga dalaman lelaki wanita, ubat anti radang dan mengeluarkan kahak lendir dalam paru-paru untuk penyakit asma.
( Razak Meladapahit kesan kajian mengandungi saponins (1+ )

Flavonoids :
Flavonoids ialah bahan seakan-akan vitamin. Flavonoids juga dikenali sebagai polifenol. Flavonoids terdapat dalam banyak jenis tumbuhan ubatan. Terdapat lebih 4000 jenis flavonoids. Kepelbagaian flavonoids dikumpulkan dalam pelbagai jenis seperti antosianin, flavon, flavonol, isoflavon,katecin dan tanin. Satu jenis tumbuhan boleh mengandungi pelbagai jenis flavonoids. Flavonoids diperlukan untuk pelbagai jenis fungsi dalam tubuh. Tumbuhan yang mengandungi flavonoids biasanya digunakan sebagai ubat herba untuk mengatasi masalah pengedaran darah. Flavonoids juga memberi kesan antioksidan, antiradang, antibekteria, dan antivirus. Satu jenis flavonoids, contohnya kuersitin, boleh memberi kesan baik atau kesan buruk kepada sel. Sama seperti banyak bahan lain, dos yang berlainan akan memberi kesan yang bertentangan, racun yang sangat bahaya, dan cepat membunuh. Ia juga mungkin boleh digunakan sebagai ubat untukmenyelamatkan nyawa kalau digunakan pada dos yang sesuai. Kajian menunjukkan bahawa orang yang makan lebih makanan yang mengandungi kuersitin sepanjang hayat akan kurang menghadapi masalah jantung atau strok apabila lanjut usia.
( Razak Meladapahit kesan kajian mengandungi Flavonoids (2+ )
 
Tanin and Polyphenolic Compounds :
Tanin ialah sebatian kimia organan yang dihasilkan dalamosess tumbuhan. Ia sekumpulan sebatian ringkas atau kompleks fenol, polifenol dan flavonol yang terikat dengan kanji. Komponen asas kimia tanin ialah gula, asid galik, asid elagik, flavonoid, lignan, stilbenoid dan quixon. Tanin mempunyai sifat astrigen dan perangsang. Semua tanin mengecutkan tisu dan protein pada kulit dan lendir. Tanin bertindak balas dengan protein dan mengeraskan protein. Tanin yang paling dikenali oleh manusia ialah jenis yang terkandung di dalam teh pekat. Teh pekat memberi rasa astringen pada mulut, iaitu rasa seperti bahan yang kelat. Dalam ubat herba, tanin digunakan untuk merawat kulit terbakar, lecur, ulser dan luka. Sebagai ubat luaran, tanin boleh menghentikan pendarahan, mengurangkan bengkak dan menyembuhkan luka. Tanin juga boleh melegakan mata yang l etih, merawat batuk, cirit, jangkitan dan pendarahan. Sebagai ubat dalaman, tanin boleh mengatasi bengkak atau radang didalam perut dan usus. Pelbagai jenis tumbuhan yang mengandungi tanin digunakan sebagai ubat herba untuk ibu lepas bersalin supaya dapat mengecutkan perut, rahim dan faraj, melalui hasil tindakan tanin jenis tertentu. Ia juga digunakan untuk merawat diabetes, mengawal keseimbangan hormon yang dihasilkan oleh limpa, mempunyai kesan antiherpes dan antibiotik. Ada kajian yang menunjukkan bahawa orang yang kerap makan makanan yang kaya dengan tanin seperti sekoi tidak menjadi gemuk kerana tanin menghalang penyerapan secara keterlaluan ke atas bahan-bahan yang boleh membuat seseorang menjadi gemuk, seperti gula dan protein. Sifat menghalang penyerapan gula juga menjadi asas penggunaan tumbuhan yang mengandungi tanin untuk menentang diabetes. Ada juga tanin yang bersifat antioksidan contohnya asid elagik.
( Razak Meladapahit kesan kajian mengandungi Tanin and Polyphenolic Compounds (1+ )

Steroids : 
Steroids ialah sebatian kimia yang mempunyai empat gelang karbon yang dipanggil tulang belakang steroid. Tambahan pelbagai jenis kimia lain pada pelbagai bahagian tulang belakang steroid menghasilkan sebatian steroid yang berlainan. Menambah molekul gula kepada steroid menghasilkan glikosid steroid. Steroid juga boleh bergabung dengan saponin. Steroid terdapat pada pelbagai tumbuhan yang bertujuan utama sebagai pertahanan kepada steroid biasanya memberi kesan negatif kepada haiwan yang bertulang belakang, iaitu untuk menjauhi haiwan memakan tumbuhan. Steroid berkesan sebagai ubat perancang keluarga (menjarangkan anank dan menambah kesuburan wanita), meningkatkan kemungkinan hamil, mengawal edaran haid, penawar alahan, ubat busung, artritis, sakit jantung dan lain-lain.
( Razak Meladapahit kesan kajian tidak mengandungi Steroids (- )

No comments:

Post a Comment